Dua minggu ini, memang sibuk dengan urusan kematian. Awal bulan dulu, jiran belakang rumah saya meninggal dunia. Minggu berikutnya, jiran sebelah rumah saya sewaktu di Jengka pula meninggal dunia. Minggu ni pula, jiran sebelah rumah saya di Kg New Zealand yang meninggal dunia. Alhamdulillah, saya dapat menghadirinya.
Jiran sebelah rumah saya meninggal dipercayai disebabkan serangan jantung. Arwah dalam usaha menyiapkan rumahnya. Sudah hampir 70% siap, cuma mozek dan cat sahaja belum. Anak-anak saya tentu rasa kehilangannya kerana setiap pagi mereka sering bergurau dan menegur sapa. Orangnya masih muda dan menjadi harapan emaknya dalam memastikan kesinambungan perjuangan di bumi FELDA. Keluarga arwah sebelum ini telah tinggal di Beserah, Kuantan. Sejak saya kembali ke Kg New Zealand, tergeraklah hati mereka pula untuk pulang. Sayangnya, tak sempat pula rumah arwahnya siap sepenuhnya,beliau telah kembali kerahmatullah. Itulah kata orang, kelapa muda juga boleh gugur lebih dahulu jika sudah tiba takdirnya.
Ruangan blog ini bertujuan sebagai karya dan bicara bual saya tentang apa yang menarik perhatian.
Ahad, 22 Ogos 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Ini adalah puisi yang dideklamasikan oleh Saudara Asian, Pegawai BTP Pahang yang bersama saya mengambil video dan gambar Air Terjun Teladas,...
-
Paparan video ini adalah simpanan saya yang saya rasa adalah satu simpanan sejarah. Satu filem yang jarang atau mungkin ada yang tidak pern...
-
Kisah sejarah ini juga mungkin tidak pernah anda lihat di kaca televisyen. Ianya menjadi simpanan sejarah buat saya. Memaparkan susur galur...