Just-Me Blog
Ruangan blog ini bertujuan sebagai karya dan bicara bual saya tentang apa yang menarik perhatian.
Selasa, 15 Februari 2011
Drjah 5 - 1985
Pada tahun ini aku menghadapi Penilaian Darjah 5. Aku terus berusaha untuk maju. Aku sekadar memperolehi 2A2B dan 1C. Rasa rugi tidak dapat buat yang terbaik. Mungkin pada masa tersebut, aku banyak hadapi masalah keluarga. Namun perjuangan aku teruskan.
Darjah Empat - 1984
Aku terus maju ke hadapan. Daripada mendapat tempat ke 13, aku terus maju ke nombor 10. Pelajaranku semakin banyak kemajuan. Aku masih ingat Cikgu Jalal, guru kesayanganku. Beliau banyak memberi semangat untukku. Aku semakin rajin dan tidak mempersiakan peluang yang ada.
Sewaktu cikgu tiada, aku banyak mengambil masa untuk melukis dan membaca. Aku sering mendapat pujian. Jika cikgu masuk kelas, aku sentiasa duduk sedangkan rakan lain kena denda berdiri di atas kerusi.
Pada tahun ini juga aku mula pakai seluar sekolah yang panjang. Ramai rakan perempuan pula bertudung.

Isnin, 7 Februari 2011
Darjah Tiga
Dalam Darjah Tiga, aku terus melangkah maju. Dari Nombor 13 pada awal tahun, akhir aku memperolehi tempat ke 10 dalam kelas. Hobi aku ketika itu ialah melukis. Aku masih ingat sebuah buku yang aku cipta (Buku Pertamaku). Buku bergambar dan ada perkataan dan ayat. Gambarnya aku lukis dan aku tulis ayatnya. Aku dipuji oleh guruku.
Aku paling takut dengan Cikgu Mus. Setiap kali Subjek Ilmu Hisab (Matematik) aku selalu kena berdiri atas kerusi dan kena rotan sebab tak dapat sifir. Setiap hari mengafal sifir. Sebelum cikgu masuk, aku sudah sedia menghafal. Yang tahannya ialah dendanya. Apa tidaknya, pembaris besi digunakan untuk ketuk tangan jika tak dapat sifir. Memang teruk ketika itu, tapi taklah pernah ada yang nak repot polis atau saman. Tangan diketuk mengikut berapa sifir yang tak dapat. Lunyai tangan. Sakit dan berdarah. Tetapi tak pernah beritahu ayah, takut 'ditambah lagi'. Namun itu juga jadi menguat daya ingatanku.

Darjah dua
Apabila melangkahkan kaki ke Darjah Dua, aku terus tekad berusaha. Aku berjaya mencapai kedudukan nombor 18. Aku sudah boleh membaca walaupun masih kurang lancar.
Aku terus dihina dan diejek sebagai 'Anak Orang Gila!!!'. Satu ungkapan yang tak pernah aku lupa dan itulah yang banyak mengajarku erti kesabaran. Ayahku selalu membuat hal. Pernah ketika itu, leher aku diacukan parang. Emakku dipukul dengan kayu dan batang tebu. Aku juga pernah dilontar 'besi loding'(cop sawit) hingga hampir tertikam belakang badan. Nasib baik aku sempat mengelak. Itulah cabaranku. Setiap masa hidup dalam ketakutan. Tiada siapa yang mengambil tahu hidup kami sekeluarga. Saudara mara menjauhkan diri.
Pada ujian hujung Tahun, aku semakin membaiki kedudukan. Aku mendapat tempat ke 15.

Pengalaman masuk Sekolah Rendah
Aku masuk sekolah pada tahun 1981 di SK Kg New Zealand. Aku berwatakan pendiam. Cikgu Darjahku pada ketika itu ialah Cikgu Zaleha. Jarak sekolah dari rumahku hanya lebih kurang 200 meter sahaja. Di sinilah bermula perjalanku yang masih banyak aku ingati. Zaman kanak-kanak dilalui dengan penuh ceria. Walaupun ketika itu, keluargaku begitu daif namun tidak mematahkan semangatku untuk terus berjuang.
Di dalam kelas, aku sentiasa menjadi mangsa buli. Maklumlah, tubuhku agak kecil dan kurus. Air mata sentiasa menjadi teman kala kesedihan. Aku terus bersaing dan memastikan aku tidak ketinggalan. Pada ujian pertama, aku mendapat kedudukan tercorot dalam kelas. Aku nekad untuk berubah. Pada ujian hujung tahun aku mendapat nombor 28 daripada 32 orang pelajar. Ada sedikit peningkatan.
Pada tahun ini juga ayahku jatuh sakit. Entahlah apa puncanya. Ayahku menghadapi teknan emosi dan dihantar ke Tampoi, Johor untuk rawatan. Bermula detik itulah, kehidupan keluarga terus menjadi cabaran yang besar. Aku diejek dan dihina oleh rakan dan orang kampung.
Ayahku sebenarnya ketika itu sedang membuat kebun dan membuka kandang kambing. Entah mengapa, satu perubahan emosi berlaku hingga ayahku hilang kawalan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, aku dan keluarga ku terus hidup atas rahmat Tuhan. Kata orang, ayahku terkena buatan orang. Ada pula yng kata, dia terkena gangguan jin. Sampai sekarang aku tak tahu apa puncanya.
Aku masih ingat di kelas aku, aku selalu didenda cikgu. Bukan kerana aku malas, tetapi kerana aku lambat 'menangkap' pengajaran cikgu. Aku bukanlah budak nakal tetapi sebenarnya aku budak yang 'kerdil'. Pada ketika itu, beg aku hanya beg plastik jenama Ajinamoto. Buku dan pensel selalu dicuri. Aku sentiasa jadi sasaran rakan yang nakal. Kerana itu juga, aku menjadi seorang yang punyai tekad yang tinggi untuk berjaya dan membuktikan kepada semua, aku juga mampu berjaya.

Pengalamanku bersekolah Tadika
Aku memasuki Tadika pada umur 5 tahun di Tadika KEMAS Kg New Zealand (1979 & 1980). 2 tahun aku di situ. Tak banyak yang aku ingat namun ianya tetap menjadi kenangan bagiku. Di situlah aku mengenal ABC dan erti sebuah persahabatan dan pendidikan.
Aku bukanlah kanak-kanak pandai pada ketika itu. Rasanya aku agak lembam. Asyik dibuli oleh rakan-rakan. Terima kasih kepada guru Tadikaku, Cikgu Kamariah yang banyak mengajarku. Walaupun tak boleh membaca dengan lancar, namun aku tetap rajin berusaha. Sebagai kanak-kanak, aku tentunya banyak dengan dunia kanak-kanak dan permainan.
Aku masih ingat sewaktu rombongan Tadika ke Bandar Pekan. Itulah kali pertama aku melangkah kaki ke Istana Pekan. Masih teringat gelagat rakan-rakan yang lintang-pukang menyelamatkan diri daripada gigitan kerengga yang masuk dalam seluar. Rakan baik aku pada ketika itu, Haliza. Sebenarnya aku tak tahu yang dia perempuan, sebab dia berpakaian dan kasar macam lelaki. Hingga Darjah 2 dia berpakaian lelaki. Memang kelakar juga bila diingatkan. Sekarang Liza menjual kuih/roti kat kampungku.

Sabtu, 29 Januari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Ini adalah puisi yang dideklamasikan oleh Saudara Asian, Pegawai BTP Pahang yang bersama saya mengambil video dan gambar Air Terjun Teladas,...
-
Paparan video ini adalah simpanan saya yang saya rasa adalah satu simpanan sejarah. Satu filem yang jarang atau mungkin ada yang tidak pern...
-
Kisah sejarah ini juga mungkin tidak pernah anda lihat di kaca televisyen. Ianya menjadi simpanan sejarah buat saya. Memaparkan susur galur...