Apabila melangkahkan kaki ke Darjah Dua, aku terus tekad berusaha. Aku berjaya mencapai kedudukan nombor 18. Aku sudah boleh membaca walaupun masih kurang lancar.
Aku terus dihina dan diejek sebagai 'Anak Orang Gila!!!'. Satu ungkapan yang tak pernah aku lupa dan itulah yang banyak mengajarku erti kesabaran. Ayahku selalu membuat hal. Pernah ketika itu, leher aku diacukan parang. Emakku dipukul dengan kayu dan batang tebu. Aku juga pernah dilontar 'besi loding'(cop sawit) hingga hampir tertikam belakang badan. Nasib baik aku sempat mengelak. Itulah cabaranku. Setiap masa hidup dalam ketakutan. Tiada siapa yang mengambil tahu hidup kami sekeluarga. Saudara mara menjauhkan diri.
Pada ujian hujung Tahun, aku semakin membaiki kedudukan. Aku mendapat tempat ke 15.
Ruangan blog ini bertujuan sebagai karya dan bicara bual saya tentang apa yang menarik perhatian.
Isnin, 7 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ini adalah puisi yang dideklamasikan oleh Saudara Asian, Pegawai BTP Pahang yang bersama saya mengambil video dan gambar Air Terjun Teladas,...
-
Paparan video ini adalah simpanan saya yang saya rasa adalah satu simpanan sejarah. Satu filem yang jarang atau mungkin ada yang tidak pern...
-
Kisah sejarah ini juga mungkin tidak pernah anda lihat di kaca televisyen. Ianya menjadi simpanan sejarah buat saya. Memaparkan susur galur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan