Aku memasuki Tadika pada umur 5 tahun di Tadika KEMAS Kg New Zealand (1979 & 1980). 2 tahun aku di situ. Tak banyak yang aku ingat namun ianya tetap menjadi kenangan bagiku. Di situlah aku mengenal ABC dan erti sebuah persahabatan dan pendidikan.
Aku bukanlah kanak-kanak pandai pada ketika itu. Rasanya aku agak lembam. Asyik dibuli oleh rakan-rakan. Terima kasih kepada guru Tadikaku, Cikgu Kamariah yang banyak mengajarku. Walaupun tak boleh membaca dengan lancar, namun aku tetap rajin berusaha. Sebagai kanak-kanak, aku tentunya banyak dengan dunia kanak-kanak dan permainan.
Aku masih ingat sewaktu rombongan Tadika ke Bandar Pekan. Itulah kali pertama aku melangkah kaki ke Istana Pekan. Masih teringat gelagat rakan-rakan yang lintang-pukang menyelamatkan diri daripada gigitan kerengga yang masuk dalam seluar. Rakan baik aku pada ketika itu, Haliza. Sebenarnya aku tak tahu yang dia perempuan, sebab dia berpakaian dan kasar macam lelaki. Hingga Darjah 2 dia berpakaian lelaki. Memang kelakar juga bila diingatkan. Sekarang Liza menjual kuih/roti kat kampungku.
Ruangan blog ini bertujuan sebagai karya dan bicara bual saya tentang apa yang menarik perhatian.
Isnin, 7 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ini adalah puisi yang dideklamasikan oleh Saudara Asian, Pegawai BTP Pahang yang bersama saya mengambil video dan gambar Air Terjun Teladas,...
-
Paparan video ini adalah simpanan saya yang saya rasa adalah satu simpanan sejarah. Satu filem yang jarang atau mungkin ada yang tidak pern...
-
Kisah sejarah ini juga mungkin tidak pernah anda lihat di kaca televisyen. Ianya menjadi simpanan sejarah buat saya. Memaparkan susur galur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan