Isnin, 7 Februari 2011

Darjah Tiga

Dalam Darjah Tiga, aku terus melangkah maju. Dari Nombor 13 pada awal tahun, akhir aku memperolehi tempat ke 10 dalam kelas. Hobi aku ketika itu ialah melukis. Aku masih ingat sebuah buku yang aku cipta (Buku Pertamaku). Buku bergambar dan ada perkataan dan ayat. Gambarnya aku lukis dan aku tulis ayatnya. Aku dipuji oleh guruku.
    Aku paling takut dengan Cikgu Mus. Setiap kali Subjek Ilmu Hisab (Matematik) aku selalu kena berdiri atas kerusi dan kena rotan sebab tak dapat sifir. Setiap hari mengafal sifir. Sebelum cikgu masuk, aku sudah sedia menghafal. Yang tahannya ialah dendanya. Apa tidaknya, pembaris besi digunakan untuk ketuk tangan jika tak dapat sifir. Memang teruk ketika itu, tapi taklah pernah ada yang nak repot polis atau saman. Tangan diketuk mengikut berapa sifir yang tak dapat. Lunyai tangan. Sakit dan berdarah. Tetapi tak pernah beritahu ayah, takut 'ditambah lagi'. Namun itu juga jadi menguat daya ingatanku.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Catatan Popular